Aktiviti

LAWATAN UniSZA ke UTM


Lawatan UniSZA ke UTM


Pada Sabtu, 2 April 2011 yang lepas, seramai 60 orang rombongan pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menyertai lawatan menerusi Pakej Kampus Ekopelancongan UTM. Rombongan tersebut diketuai oleh Saudara Badri Muhammad Badri bin Hassan, Pengarah Program Ke Arah Peluang Pekerjaan, Eksko Kebajikan Kelab Intrade UNISZA. Lawatan bermula pada jam 10 pagi.
Rombongan dibawa melawat ke lokasi pertama iaitu Taman Tropika UTM dan diberi taklimat pengenalan oleh En. Zaidi bin Hj. Mohmod dan taklimat mengenai kawasan tersebut oleh En. Mohamad bin Md. Sum. Taklimat yang diberikan memberi penerangan mengenai sejarah Taman Tropika UTM, tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini dan pasca taklimat, peserta dibawa melawat ke Rumah Tropika UTM yang bakal dijadikan sebagai Pusat Informasi Pelancongan UTM.
Lawatan kedua, peserta dibawa melawat ke Taman Rusa UTM. Taklimat juga turut diberikan oleh En. Mohamad memandangkan ia merupakan penyelaras dan penjaga Taman Rusa UTM.
Destinasi ketiga peserta dibawa melawat ke Dusun UTM. Rombongan diberi penerangan mengenai tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini, program penternakan burung puyuh, ternakan kambing dan arnab. Taklimat juga diberikan oleh En Mohamad.
Pasca lawatan ke Dusun UTM yang memakan masa hampir 45 minit, peserta rombongan dibawa melawat ke Makmal Aeronautik bagi melihat dengan lebih dekat lagi beberapa replika kapal pejuang yang diletakkan di sana untuk pameran. Replika kapal-kapal pejuang ini direka oleh pihak UTM sebelum diserahkan kepada pihak TUDM pada masa lalu. Kini dijadikan sebagai pameran kepada pelawat yang mengunjungi Makmal ini.
Lokasi terakhir dalam lawatan ini, peserta dibawa melawat ke Balai Cerapan UTM bagi menikmati keindahan salah sebuah lokasi tertinggi di Kampus UTM, Johor Bahru. Peserta juga turut disediakan peralatan teropong bagi menikimati pemandangan sekitar UTM di tingkat atas bangunan.
Program lawatan berakhir jam 1 petang dan peserta rombongan menikmati jamuan di Balai Cerapan sebelum bersurai pada jam 2 petang.

IMAGE GALLERY

No comments:

INTRADERS